Sabtu, 16 April 2016

PostHeaderIcon Rahsia Vitamin E Shaklee



Vitamin E shaklee memang tidak asing lagi dikalangan pencinta kecantikan. Istimewanya vitamin E shaklee kerana ia merupakan vitamin E complex yang paling lengkap di pasaran. Perkataan COMPLEX itu sendiri membawa maksud bahawa kandungan vitamin E bukan semata-mata vitamin E sahaja, malah setiap sofgel memberikan anda 400IU sumber vitamin semulajadi seperti d-alpha tocopherol concentrate dan mixed tocopherols concentrate serta 10 mg of natural selenium. Shaklee vitamin E diperbuat daripada minyak kacang soya asli dan minyak gandum yang kedua-duanya kaya dengan Vitamin E.
Untuk 400IU vitamin E yang terkandung didalamnya pula merangkumi 1 kg germ gandum, 500 ml of minyak safflower, 8 kg spinach dan 500 g of almond. Natural selenium dalam Shaklee Vita-E Complex ini membantu badan kita menyerap Vitamin E dengan sempurna, memelihara sel membran, sel darah merah dan tisu otot, serta menguatkan keberkesanan anti-oksida dan memelihara retina mata.
Istimewanya vitamin E shaklee adalah kerana ia merupakan satu-satunya vitamin E yang mempunyai selenium. Selenium merupakan mineral yang sangat penting. Badan kita memerlukan selenium walaupun dalam amaun yang sedikit. Selenium sangat penting untuk membantu badan membentuk protin yang istimewa dipanggil enzim, yang diperlukan untuk melindungi kerosakan sel. Ia juga membanu melindungi badan anda selepas proses vaksin.
Kajian menunjukkan vitamin E shaklee mempunyai antioksid yang tinggi yang mampu melawan kanser, penyakit kardiovaskular dan melindungi badan daripada kesan keracunan yang disebabkan oleh toksin dan kandungan besi yang membahayakan. Ia merupakan agen detoksifikasi yang paling semulajadi.
Bagaimana Vitamin E shaklee berfungsi untuk kulit?
Vitamin E mampu menghalang tanda penuaan. Oleh kerana vitamin E mengandungi antioksida yang tinggi, ia membantu melambatkan proses penuaan. Kulit kita boleh jadi lebih tua dari usia kita kerana faktor persekitaran yang terdedah dengan angin dan matahari, serta cara hidup seperti mengambil dadah dalam ubat-ubatan dan merokok. Bukan sahaja faktor persekitaran ini boleh mempercepatkan proses penuaan, tetapi juga mampu merosakkan organ seperti hati dan jantung.  Antioksida yang terkandung dalam vitamin E membantu membertulkan semula sel yang telah rosak disebabkan radikal bebas ini. Tambahan lagi, shaklee vitamin E adalah bebas dari gelatin.
Boleh Sapu kat muka 
Ini lagi satu keistimewaan vitamin E shaklee. Selain boleh di makan, ianya juga berfungsi sebagai masker. Pernah tak dengar org suntik Vitamin E? Kenapa mereka suntik? sebab malas nak pakai masker . Buat apa suntik2 ni?.silap haribulan berdosa kan?. baiklah pecahkan vitamin E ni dan sapu ke muka anda. Cara nak guna vitamin E shaklee untuk sapu di muka.
  • Ambil sebiji vitamin E shaklee
  • cucuk dengan jarum
  • picit ke tangan pun boleh
  • keluarkan isi2 nya
  • Sapu di muka anda
  • Kalau nak best lagi, campurkan vitamin E shaklee + Vitamin C + ESP + ALFALFA (untuk kulit berjerawat), anda akan rasakan hasil yang WOW pada keesokan harinya.
  • Kalau nak kulit terasa macam sweet seventeen, campurkan dengan COLLAGEN shaklee….lagi wow…rasa macam baru tukar kulit je

Apa yang hebat sangat dengan grape seed ni?

Polyphenols di dalam grape seeds ni lah yang menjadikannya sangat tinggi antioksida dan mampu memelihara badan daripada pengoksidaan dan radikal bebas yang merosakkan kulit. Kajian saintifik mendapati bahawa kuasa antioksida daripda grape seed ini 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E biasa dan 50 kali lebih kuat daripada vitamin C.
Grape seed extract membantu menguatkan salur darah, dengan menaikkan tona dan kelembutan dinding kapilari. Keputusan daripada kajian yang dijalankan ke atas manusia dan haiwan didapati bahawa grape seed extract berguna untuk mengubati penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi dan kolestrol jahat. Grape seed extract memperlahankan proses pengoksidaan lemak yang bertanggungjawab membentuk kolestrol jahat. Lagi lama proses pengoksidaan lemak ni berlaku, lagi kurang risiko arteri dan pembuluh darah tersumbat.
Terbaru, Grape seed mampu mengelakkan penyakit Alzheimer’s dengan mengurangkan inflamasi pada otak. Satu jenis phenol yang terdapat di dalam grape seed ialah procyanidin. Procyanidins mampu melindungi badan daripada proses penuaan. Procyanidins akan bergabung dengan kolagen dalam badan manusia dan kemudiannya melindungi kulit, gusi, gigi, tulang, rambut dan tisu badan. Gabungan ini mampu mengekalkan kesihatan dan kelembutan kulit menjadikannya lebih  muda, melindungi daripada kerosakan sinar matahari yang merupakan faktor utama penuaan berlaku daripada usia.

Independent Distributor (ID 991116)
Nieyza
Email: thereflaction@yahoo.com
No Hp: 012-8430603 (Whatsapp/Sms)
Fan Page Facebook: Hana Husniza (Click)
Add Saya di Facebook: Nieyza (Click)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

0 comments:

Catat Ulasan

Senarai Terkini

get this widget here

About Me

Followers

Dikuasakan oleh Blogger.

Ads 468x60px

Featured Posts

Social Icons